Sukan - Telinga penyokong World Cup 2014 pula di gigit !


LONDON: Telinga seorang penyokong England digigit oleh penyokong lain ketika perlawanan skuad negara itu menentang Uruguay di Brazil, kata polis di Britain. 

Kejadian berlaku ketika perlawanan Kumpulan D di Sao Paulo pada 19 Jun menyebabkan separuh telinga mangsa putus dan berdarah. 
Seorang penyokong membuat aduan kepada polis dan nama suspek sudah diberikan kepada pihak berkuasa dan setakat ini tiada penahanan dibuat.

Polis Britain mengeluarkan kenyataan bahawa bekas penyerang Liverpool, Stan Collymore dalam tweetnya memberitahu beliau melihat video serangan berkenaan. 

Ketua Superintendan, Rachel Barber berkata: "Kami dimaklumkan bahawa ketika perlawanan England dan Uruguay di Sao Paulo, seorang penyokong England putus separuh telinganya akibat digigit seorang penyokong England." 

"Kami dapat menghubungi mangsa dan menawarkan nasihat serta sokongan. Pada hari kejadian, mangsa membuat aduan rasmi kepada polis tempatan dan mereka membuka kertas siasatan." 

Polis memantau perlawanan England menentang Costa Rica di Belo Horizonte dengan andaian penyerang itu akan datang menyaksikan perlawanan tetapi tidak berhasil mengesannya. - AFP