[ Sukan ] Tahniah : 4 pemain bola sepak Kelantan dianugerah Pingat Setia !


KOTA BHARU: Empat pemain bola sepak Kelantan dianugerahkan Pingat Setia dalam istiadat pengurniaan kehormatan kebesaran sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, di istana negeri, di sini sebentar tadi. 

Penerima berkenaan terdiri daripada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Shahrizan Ismail dan Zairul Fitree Ishak.

Turut menerima pingat berkenaan, bekas jurulatih Piala Presiden Kelantan, Sidek Shamsuddin.BH