[ Sedih ] Kisah wanita diberi makan daging kinzir di Nepal kini berakhir !

Kisah wanita Malaysia diberi makan daging Kinzir  di Nepal kini berakhir - Ayu akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia.

Kisah Pn. Ayu mungkin akan disamakan seperti gadis-gadis kita di Lombok, walhal kisah beliau lebih istimewa dan mendesak kerana untuk menyelamatkan akidah beliau serta dua orang anaknya.

Ayu, atau nama penuhnya Nur Sri Rahayu telah melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki warga Nepal, pada tahun 2006. Perkahwinan di Malaysia yang mendapat restu dari kedua ibu bapanya pasti akan membayangkan kebahagian rumah tangga yang berkekalan. Tetapi keadaan berubah apabila suaminya mengajak keluarga ini pulang ke kampung halaman suaminya di Nepal.

Apabila pulang ke kampung suaminya, keadaan hidup Ayu dan anak-anaknya berubah setelah suaminya mendapat pekerjaan baru di Dubai. Keluarga suaminya yang bukan beragama Islam tidak memberikan kasih sayang dan layanan yang baik kepada Ayu kerana perbezaan agama.

4 tahun ayu terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara beliau dan anak2nya. Keluarga suaminya yang mengongkong beliau serta di sisihkan banyak menambahkan penderitaan kepada beliau. Mereka diberi makanan haram seperti babi untuk hidup, ini membuatkan Ayu terpaksa mencari rezeki sendiri demi sesuap rezeki yg Halal.




Perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Metro dan Wisma Putra untuk memberi pembelaan kepada keluarga ini. Atas nasihat Wisma Putra, Ayu dinasihatkan untuk datang ke kedutaan Malaysia di Kathmandu. Dengan itu, Ayu terpaksa lari dari keluarga mertuanya sejauh 500km tanpa wang satu sen pun untuk menyelamatkan akidah beliau dan anak-anaknya.

Berbekalkan tawakkal dan doa rakyat Malaysia, Ayu berjaya sampai di Kedutaan Malaysia. Tetapi terpaksa menghadapi kekangan kerana pihak imigresen Nepal tak membenarkan Ayu keluar dan terpaksa membayar denda kerana tinggal melebihi tempoh di Negara itu selama 4 tahun. Sejumlah wang perlu dibayar dimana sini, Muslim Care Malaysia Society telah mengambil inisiatif untuk membantu menyelamatkan Akidah 3 beranak ini.

Roadshow oleh AF Ustaz Norazli Musa, aktivis Muslim Care serta kempen media telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos2 untuk membawa pulang keluarga ini. Alhamdulillah, berkat doa dan sumbangan rakyat Malaysia, serta sumbangan dari kedutaan Malaysia di Nepal sendiri berjaya untuk menyelamatkan akidah 3 beranak ini kembali ke Malaysia.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, Pihak Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Nepal dan akhbar Harian Metro kerana banyak membantu dalam misi menyelamatkan akidah keluarga ini. Semoga usaha dan sumbangan kalian mendapat redha Allah, dan doakan keluarga ini terutamanya anak2 kecil ini menjadi anak yang soleh serta menyumbang untuk agama kelak. Credit Muslim Care Malaysia Society