[ Sayu ] Kenduri kahwin mejadi majlis tahlil !


ALOR SETAR: Keluarga Nur Faizah Muhammad Rejab, tunang Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah, menggantikan majlis kenduri yang berlangsung pada Ahad kepada majlis tahlil untuk Allahyarham.

Majlis itu berlangsung mulai 11 pagi di rumah ibu bapa Nur Faizah di Kampung Batas Paid, Jalan Kuala Kedah di sini dan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu,turut hadir anggota keluarga Allahyarham Mohd Azuan dari Johor.

Bapa Nur Faizah, Muhammad Rejab Che Man, 61, berkata majlis tahlil itu bertujuan mendoakan kesejahteraan Mohd Azuan.

Kami sekeluarga mahu kenduri ini diteruskan dan ditukar ke majlis tahlil untuk arwah, saya anggap arwah seperti anak saya sendiri dan berharap ikatan yang terjalin antara kedua-dua keluarga dapat diteruskan selepas ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.


ada 25 Mei lepas, Mohd Azuan, 25, dari Unit Rondaan Bermotosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki penjenayah ketika menjalankan tugas di Bagai Serai, Perak.

Abang Allahyarham, Mohd Aizam, 29, berkata kedatangan mereka termasuk ibu, Afidah Ehsan, 52, adalah sebagai menghormati jemputan keluarga Nur Faizah ke majlis tahlil adik ketiganya.

"Kehadiran kami juga untuk menyerahkan barang hantaran perkahwinan kepada tunang arwah adik," katanya.

Beliau berkata pemergian adiknya itu agak mengejutkan keluarga namun mereka kini menerima takdir yang berlaku.

"Kami redha dengan apa yang berlaku tetapi kami mengharapkan mereka yang bertanggungjawab (penjenayah yang melanggar Allahyarham) terhadap kejadian itu akan dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Nur Faizah, 22, berkata beliau berdoa kepada Allah agar roh Mohd Azuan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-rang yang beriman.

"Sepatutnya majlis ini menjadi detik indah buat kami berdua. Saya pasrah dan redha dengan ketentuan Allah. Saya kini dapat menerima kenyataan atas pemergian arwah," katanya. Al-fatihah Credit Mstar