[ Sayu ] Hari Bapa : Air mata anak ketua pramugara MH370 kini mengalir lebih laju !

Hari Bapa : Air mata anak ketua pramugara MH370 kini mengalir lebih laju - Kami tidak pernah menyambut Hari Bapa. Ayah saya selalu sibuk dengan tugasnya. Tetapi bila kami berpeluang, kami akan membelikannya kek dan sedikit hadiah," kata Maira.
Nari merupakan ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS) sejak lebih 20 tahun lalu dan merupakan antara 12 anak kapal MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac, Saya lebih rindukannya sekarang. Air mata lebih mudah mengalir apabila saya fikir saya lebih kuat.
Sudah 100 hari. Saya sepatutnya lebih tabah bukan? Tetapi setiap kali saya dan keluarga bercakap tentang ayah, kami jadi lemah," kata Maira, anak sulung Nari dan Melanie Antonio yang juga mempunyai adik lelaki, Malcolm, 14.
Maira, pelajar jurusan Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berkata jadualnya padat namun rasa kosong itu tetap dirasai, daripada perasaan itu, Maira lebih kesal yang amat sangat dan tidak dapat dilupakannya, katanya . Oleh BrotherSam Credit The Malaysian Insider