[ Sampai Hati ] Bayi lelaki ditinggalkan dalam kotak air mineral di Bachok !

Bachok : Bayi lelaki masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak air mineral di depan rumah kedai di Kampung Gajah Mati, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh pemilik kedai runcit itu pada 5.15 pagi.
Katanya, lelaki itu menyedari bayi itu diletakkan di hadapan kedainya selepas dimaklumkan isterinya yang terdengar bunyi tangisan di luar kedai.
“Mereka berdua kemudian menemui kotak air mineral yang berisi bayi berkenaan bersama beberapa helai lampin pakai buang dan puting susu.
“Pasangan suami isteri itu mengambil bayi yang masih menangis itu dan memberinya susu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tawang, 7 pagi ini,” katanya. - Credit HM