[ Pelik ] Sup Buaya, Buaya Masak Kicap menu popular di Miri ?

Miri: Kejadian manusia dibaham buaya di negeri ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tidak ramai yang tahu reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir penggemar makanan eksotik di bandar raya ini.
Siapa sangka Taman Buaya Miri, di sini, bukan saja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan berkenaan, malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjungnya terutama kepada pelancong asing. 
Selain hidangan sup ekor buaya, pengunjung boleh menempah masakan daging buaya masak kicap dan juga sate buaya. 

Tukang masak, Sunani Sulong, 55, berkata, hidangan daging buaya itu sangat digemari pelancong dari China, selain penduduk tempatan dalam kalangan kaum Iban.

Katanya, hidangan istimewa yang paling digemari adalah sup ekor buaya kerana kononnya hidangan eksotik itu berkhasiat untuk kesihatan terutama penghidap penyakit asma. Credit HM