[ Pelik ] Gambar bas masuk longkang ngam-ngam jerr ?

Bas masuk longkang ngam-ngam jerr - Lapan penumpang bas ekspres menempuh detik cemas apabila kenderaan itu terbabas dan masuk ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Baru Prai berhampiran Taman Chai Leng Butterworth , 6 pagi tadi.
Ketika kejadian bas berkenaan tersekat dalam longkang sedalam kira-kira empat meter kedalaman dan lebar tiga meter. 
Keadaan itu menyebabkan kesemua mangsa terperangkap dalam bas berkenaan selama kira-kira 10 minit sebelum dibantu untuk keluar dari kenderaan itu oleh orang awam melalui cermin depan dan tingkap bas yang pecah. 
Sebelum kejadian pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan dan melanggar pagar besi di tepi jalan sebelum kenderaan itu masuk ke dalam longkang terbabit.
Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang pihaknya sampai di lokasi pada jam 6.04 pagi.
Ketika sampai semua penumpang sudah keluar dari bas berkenaan selepas dibantu orang awam,mereka dipercayai cedera ringan kemudian di hantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan, katanya. HM


2 ulasan

hehe..kelakar pun ada tgk gambar tu..elok ja dok dlm longkang tu

Reply

macam tue pun boleh kan. haaiisshh..

Reply