[ Ngeri ] Lelaki maut di hempap Kren di Cameron Highland !

Cameron Highland: Seorang pemandu kren maut selepas kenderaan berat yang sedang dibaikinya di Kebun Heng Yang Cheong, Lembah Bertam, di sini, tiba- tiba jatuh dan menghempap mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi, mangsa Kee Thian Chyi,31, yang juga pemandu kenderaan berat terbabit dipercayai sedang membaiki kerosakan dialami kren berkenaan kira-kira 300 meter di atas bukit.
Ketua Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Yusry Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.33 tengah hari memberitahu terdapat kren yang terjatuh dan menghimpit pemandu di kawasan berkenaan.

Katanya,sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa sudah mati akibat dihempap kren berkenaan dan kesukaran kawasan bukit menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menarik kren terbabit. HM