Ngeri - chopsticks tertusuk ke mulut kanak-kanak sampai ke otak !

BEIJING : Seorang kanak-kanak lelaki China terpaksa menjalani pembedahan selepas sebatang penyepit makanan tajam tertusuk ke dalam mulutnya sehingga me-nembusi ke bahagian otak apabila terjatuh ketika sedang bermain bersama kawan-kawannya.

Mail Online melaporkan, kejadian itu berlaku pada 15 Jun lalu di Yueyang, wilayah Hunan selepas kanak-kanak itu, Li Kaiyi, 18 bulan, makan malam di rumah rakan ibu bapanya.

Kaiyi yang ketika itu bersama ibu bapanya, memegang penyepit kayu tersebut ketika berlari sebelum terjatuh menyebabkan objek terbabit tertusuk ke dalam mulutnya,dia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang objek berkenaan.

Doktor bedah di, Liu Jinfang berkata, penyepit tersebut tertusuk sehingga menembusi tisu otak sedalam dua sentimeter, tetapi Kaiyi bernasib baik kerana saraf otaknya tidak cedera.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital dan sedang menjalani proses pemulihan.