[ Ngeri ] 7 Gambar Bas rempuh kereta dan motosikal menyebabkan 3 maut !

Satu kemalangan melibatkan sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah motosikal dilaporkan berlaku di KM16.1 Lebuhraya Persekutuan, berdekatan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam,  jam 8.30 pagi tadi.

Kejadian dikatakan berlaku apabila bas yang membawa 15 penumpang dari Klang ke Kuala Lumpur itu cuba mengelak sebuah kenderaan pada laluan yang sama sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan iaitu masing-masing sebuah Proton Wira, Toyota Camry dan Perodua Myvi, memetik Bernama.
Seterusnya, bas itu  merempuh satu lagi besi penghadang jalan di laluan motosikal dan melanggar sebuah motosikal yang sedang melalui laluan berkenaan sebelum terbabas ke kawasan berumput.





Tiga mangsa mengalami kecederaan ialah penunggang motosikal, pemandu Proton Wira dan seorang penumpang bas.
Menurut Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shen, semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.
Kejadian itu menyebabkan lalu lintas di kedua-dua arah mengalami kesesakan teruk sepanjang dua kilometer sehingga kira-kira 11 pagi tadi.
Sumber terbaru dilaporkan 3 orang maut akibat kemalangan tersebut, punca kejadian masih di sisat oleh pihak berwajib. Credit fb Bomba Subang Jaya.