[ Ngeri ] 3 Gambar warga emas maut dilanggar kereta api dekat Ipoh !


IPOH: Seorang lelaki warga tua maut dilanggar kereta api di Kilometer 190, Lahat, berhampiran Taman Halaman Sentosa, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa Din Chik, 84, dipercayai dilanggar kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat ‎mengatakan terdapat kemalangan di kawasan terbabit dan kemudian Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pemeriksaan sebelum menemui mangsa terbaring di tepi landasan. 


Pemeriksaan lanjut dibuat anggota polis di kawasan berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunnia serta menghantar mayat ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini untuk dibedah siasat, katanya.

Beliau berkata, mangsa menetap di‎ Kampung Seri Murni, Pasir Puteh , di sini dan pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai kejadian. Credit BH