[ Kejam ] Lagi kes wanita diperkosa beramai-ramai dan di gantung !

LUCKNOW, India - Seorang wanita berusia 38 tahun didakwa dirogol beramai-ramai di sebuah negeri di selatan India yang mana kerajaannya dikecam hebat kerana gagal menangani peningkatan kes serangan seksual, kata polis semalam.
Seorang pegawai kanan polis berkata, wanita itu keluar membeli ubat malam Jumaat lalu apabila tiga lelaki mengumpannya ke sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan menyerang mangsa di negeri Uttar Pradesh.
"Dua daripada tiga suspek tersebut telah ditangkap,kami sedang memburu lelaki ketiga," tambahnya." kata Superintendan Kanan L.R. Kumar kepada AFP

Wanita itu membuat aduan polis berhubung serangan tersebut pada hujung minggu lalu di bandar Bisauli, dalam daerah Badaun.
Badaun merupakan daerah sama di mana dua gadis yang masing-masing berumur 12 dan 14 tahun diperkosa beramai-ramai sebelum menggantung diri pada hujung bulan lalu.
Serangan kejam itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuduh kerajaan sebagai gagal menguatkuasakan undang-undang di negeri itu.
Uttar Pradesh yang dihuni lebih 200 juta orang merupakan negeri berpenduduk paling padat di India.
Negeri itu telah lama dibelenggu isu kemiskinan, keganasan kaum dan perbezaan politik berdasarkan kasta. - AFP