[ Kejam ] 4 Gambar wanita hampir mati cuba di bunuh oleh keluarganya !

Seorang gadis Pakistan, Saba Maqsood, 18, terselamat walaupun telah ditembak sebanyak dua kali oleh ahli keluarganya selepas mereka membantah keputusannya berkahwin dengan jejaka pilihannya.
Selepas ditembak, ahli keluarga Saba termasuk ayahnya, abang, pakcik dan makciknya kemudian mencampanya ke sebuah terusan.
Seorang jurucakap polis, Ali Akbar berkata tindakan ahli keluarga Saba itu sebagai mengajar anak mereka supaya tidak mengingkari perintah mereka yang menghalang Saba daripada mengahwini jejaka yang dicintainya yang tidak mendapat restu daripada keluarga Saba.


Menurutnya lagi, mangsa telah mengahwini jirannya, Muhammad Qaiser lima hari lalu yang mana menentang kemahuan kedua ibu bapanya.
Selepas keluarga Saba mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Saba telah dibawa ke sebuah daerah Hafizabad, ditembak sebanyak dua kali, diikat dalam sebuah guni dan kemudiannya dicampak ke sebuah terusan kerana mereka menyangkakan Saba sudah mati ketika ditembak.
Saba kemudiannya telah diselamatkan oleh orang yang lalu lalang di terusan tersebut dan akibat perbuatan kejam ahli keluarganya, Saba dilaporkan cedera di bahagian pipi dan tangan kanannya. – Credit Mynewshub