[ info ] Rumah pengarah filem " Zombi Kilang Biskut " rompak !

Ipoh: Pengarah filem Zombi Kilang Biskut Mohammad Mohd Khalid atau lebih popular sebagai Mamat Khalid, 51, mengalami kerugian kira-kira RM100,000 selepas rumahnya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur di sini, dimasuki perompak, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, perompak berkenaan membawa lari kenderaan Mitsubishi Triton miliknya termasuk wang tunai RM500, kamera antik, Ipad dan alat pemainan video PSP. 
Menceritakan kembali kejadian itu, isterinya Hasmah Hassan, 50, berkata, ketika kejadian hanya dia bersama dua anaknya yang berada di rumah disebabkan suaminya sedang melakukan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama dua anaknya Mohd Khalid Adam Mohamad, 19, dan Nur Hassanah, 14, sedang tidur di bilik atas rumahnya sebelum menyedari kejadian itu ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

Katanya, perompak berkenaan dipercayai memotong alat penggera keselamatan sebelum memasuki rumahnya melalui jeriji besi tingkap dan mencuri barangan berharga di tingkat bawah rumah.
Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Gunung Rapat kira-kira 11 pagi tadi dan polis juga sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup jiran mereka. Credit HM