[ info ] Ibu bayi dicampak gaung dakwa kena perkosa !

Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh dipercayai merogol ibu bayi lelaki yang dicampak seorang lelaki ke dalam gaung di km 3.2 Jalan Genting Highland, Pahang, Sabtu lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam di sekitar Shah Alam lanjutan daripada dakwaan ibu mangsa terbabit yang mengatakan dirinya dirogol lelaki berkenaan. 
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis telah mendapatkan perintah reman selama 14 hari terhadap suspek bermula hari ini bagi menyiasat kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Selain daripada itu, kita juga telah menyelamatkan 11 lagi wanita warga asing di dua lokasi berasingan di USJ 2, Subang Jaya dan juga Kampung Jawa, Klang yang disyaki dieksploitasi suspek utama kes pembunuhan bayi tempoh hari.

Semua yang diselamatkan diletakkan di bawah perlindungan untuk disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Atip),katanya. Credit HM