info - Awie akui telah beri keterangan kepada polis !

KUALA LUMPUR : Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, mengakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.
Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.
Gambar yang di dakwa isteri Awie 
Awie yang ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, dia masih belum melihat gambar tersebut.
“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.