[ info ] Anak conteng pasport, bapa terkandas di negara asing !

KUALA LUMPUR: Mungkin situasi ini nampak lucu kepada anda, namun ini yang terjadi kepada sebuah keluarga dari China yang berkunjung ke Korea Selatan.

Anak pasangan terbabit yang berusia empat tahun telah menunjuk bakat lukisannya di pasport bapanya yang menyebabkan ianya tidak sah digunakan dan tidak diterima oleh pihak berkuasa di Korea Selatan, lapor sebuah portal berita United Kingdom, Metro News.

Perkara ini menyebabkan bapanya yang dikenali sebagai Chen telah terkandas di Korea Selatan dan tidak dapat pulang ke China bersama keluarganya.

Chen telah memuatnaik gambar pasportnya yang diconteng di laman sosial terkenal di China, iaitu Weibo sambil merayu pertolongan.

Walau bagaimanapun, sebuah laman web Kotaku.com melaporkan dakwaan Neogaf.com bahawa contengan di pasport Chen itu adalah palsu dan ia seolah-seolah dilukis menggunakan perisian Microsoft  MS Paint.

Laporan itu turut mengatakan bahawa pasport negara China kebiasaannya mempunyai satu lapisan berkilat bertujuan memudahkan proses imbasan yang pastinya akan membuatkan apa-apa contengan dari anaknya itu akan menjadi comot.

Contengan itu juga mempunyai kadar ketebalan warna yang serata,namun begitu, tiada laporan susulan mengenai berita yang menjadi buah mulut di media sosial ini. Awani 



1 ulasan:

salam. astaghfirullah..habis kena conteng..

p.s menabung lenovo :)

Reply