[ info ] Adik Fitri Aida tidak di perkosa dan tidak di suntik ubat pelali !

Adik Fitri Aida tidak di perkosa dan tidak di suntik ubat pelali - menafikan mangsa kes culik dan cabul di Slim River disuntik ubat pelali sebelum dirogol dua lelaki seperti tersebar di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, pemeriksaan perubatan di hospital mendapati tiada kesan rogol dan suntikan di badan mangsa. 
Buat masa ni mangsa masih dalam keadaan trauma dan dalam perhatian di hospital sama, kita sedang menyiasat semua sudut berhubung kejadian ini, katanya.
Dalam kejadian petang semalam, seorang murid perempuan tahun tiga menempuh detik cemas apabila diculik di sebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina Jalan Slim Lama, oleh seorang suspek berusia 57 tahun.
Suspek berjaya dikesan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sama- sama kita berdoa agar adik fitri Aida kembali pulih dari Trauma dengan apa yang di alaminya dan kembali bersekolah seperti biasa.