Hot - Tasha Shilla dan Han kahwin tahun depan !

Barcelona, Sepanyol: Usahawan muda, Wong Han Chen, 24, akui sedang mendalami Islam sebagai persiapan untuk berkahwin dengan kekasihnya, pelakon Tasha Shilla, 27, tahun depan.

Han ketika ditemui di sini semalam mengakui dia tiada masalah untuk menukar agama kerana keluarganya bersikap terbuka dan merestui hubungan cintanya dengan Tasha.

Sejak lapan bulan rapat dengan Tasha, hati saya semakin dekat untuk mengenali Islam. Tasha tidak pernah pun memaksa saya untuk menukar agama tetapi perasaan ini terbit secara halus dari hati saya sendiri.
Namun seperti yang diperbincangkan bersama Tasha, kami berdua akan merujuk semua perkara termasuk proses memeluk Islam dengan pakar agama, terlebih dulu apabila sampai masanya sekitar tahun depan, kata Han yang juga peninju sukan Muay Thai.

Han yang fasih berbahasa Melayu berkata, sejak zaman persekolahan lagi dia banyak bergaul dengan rakan dan jiran beragama Islam. Malah, dia juga pernah belajar berpuasa untuk menjaga kesihatannya. HM