[ Hot ] Suarez " Vampire " akhir nya di hukum,Uruguay buat rayuan !

Suarez " Vampire " akhir nya di hukum ,Uruguay buat rayuan - Penyerang Uruguay, Luis Suarez digantung sembilan perlawanan selepas didapati bersalah menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada aksi terakhir Kumpulan D awal pagi kelmarin.
Hukuman paling berat dalam sejarah kejohanan itu turut menyaksikan Suarez dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan didenda 100,000 Swiss francs (RM360,410).
Ketua Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Claudio Sulser berkata, badan induk itu tidak boleh menerima tindakan pemain berusia 27 tahun tersebut.
Hukuman pergantungan terhadap Suarez itu berkuat kuasa serta merta,dia di gantung 9 perlawanan sekali gus menyebabkan dia tidak dibenarkan beraksi pada pusingan kedua Piala Dunia 2014 apabila Uruguay menentang Colombia di Rio de Janeiro, Ahad ini.
Hukuman selama empat bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti dalam bola sepak turut menyaksikan Suarez tidak dibenarkan memasuki stadium pada pertemuan tersebut.
Hukuman itu juga pastinya akan memberi tamparan hebat terhadap kariernya bersama Liverpool dalam kempen Liga Perdana England.
Uruguay akan membuat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai hukuman penggantungan sembilan perlawanan yang dikenakan terhadap penyerang, Luis Suarez kerana menggigit pemain pertahanan Itali dalam aksi terakhir D, awal pagi Khamis.

Kami dalam proses membuat rayuan bersama peguam kami. Rayuan itu akan dibuat hari ini.

Kita sekarang berhujah pasal penggantungan sembilan perlawanan, empat bulan serta denda. Bagi saya ia tak masuk akal dan seperti satu penderaan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, Wilmer Valdez.