[ Hot ] Pelakon Zara Zya kemalangan awal pagi tadi !

Port Dickson: Kereta milik pelakon utama Love You Mr Arrogant Zara Zya, rosak teruk dalam kemalangan babit lima kenderaan di Batu 3, Jalan Pantai di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, kereta Suzuki Swift milik Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, dilanggar kereta Honda Prelude. 
Zara berkata, dia sedang menjamu selera di gerai tepi Pantai Bagan Pinang bersama rakan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman dan melihat keretanya dan tiga lagi kereta pelanggan lain dilanggar hingga rosak teruk. 

Saya bersyukur kerana tiada dalam kereta. Jika tidak, pasti saya dan rakan cedera parah, kami kemudian segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk membuat laporan polis, katanya. HM