[ Hot ] Nora Danish kecewa disindir jadi perampas !


Nora Danish kecewa disindir jadi perampasPelakon Nora Danish benar-benar kecewa apabila ada individu menuduh dia menjadi punca perpisahan kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri iaitu Nabilah Khan.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila individu berkenaan menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak  bekas suami-isteri itu, Nedrin dalam Instagram miliknya.

Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan  budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah.

Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim,katanya 

Nora diminta mengulas apabila ada  individu cuba menyindir tindakannya yang kerap memuat naik gambar di Instagram bersama Nedzrin iaitu anak lelaki kekasihnya dengan bekas isteri. Credit Mstar