[ Hot ] Kuat menipu, pelanggan doakan pemilik syarikat tudung terkenal jadi pengemis ?

Seorang pelanggan tudung Fareeda, Salina Abu Zar secara terbuka mendoakan anak cucu dua pasangan sweet ini menjadi pengemis dan tidur di kaki lima selepas kecewa dan gagal mendapatkan tudung Fareeda pada 7 Jun yang lalu.
Semua ini gara-gara dia ingin pemilik syarikat tudung terbabit merasai apa yang dirasakan oleh peminat-peminat tudung terbabit yang terpaksa beratur panjang dan lama semata-mata ingin mendapatkan tudung baru keluaran syarikat tudung itu.
Peminat sanggup berbaris panjang, berpeluh dan ada segelintir orang sampai pengsan pun ada tetapi akhirnya tertipu dengan janji manis mereka, lantas pemilik tudung dilabelkan sebagai beruk dan kuat menipu.
Perkara seperti ini patutnya dapat dielakkan,sudah tentu syarikat tudung tahu bahawa apa saja keluaran terbaru mereka pasti akan mendapat sambutan hangat. Credit Katakcomel