[ Hot ] Kek perlekeh anggota pencegah maksiat !

Kek perlekeh anggota pencegah maksiat - sebuah kedai pastri memohon maaf apabila seorang pekerjanya membuat kek yang menjatuhkan maruah anggota pasukan pencegah maksiat.
Kek itu direka dengan menggambarkan trak anggota pasukan itu yang dipandu dan mengangkut sekumpulan wanita.
Menurut media sosial Arab Saudi, negara yang melarang wanita memandu, mengecam kek berkenaan dan pengguna berkata ia memperlekehkan anggota pasukan itu yang digambarkan menggunakan van untuk mengejar trak berkenaan.
Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah syarikat Sa’adeddine Sweets, mengatakan mereka kesal terhadap kejadian itu dan memecat pekerja yang menghasilkan konsep dan membuat kek kontroversi itu.
Ia dilakukan seorang pekerja yang menyiapkan kek itu atas permintaan seorang pelanggan wanita, katanya.
Omar berkata demikian dalam wawancara yang disiarkan oleh media tempatan Sabq Selasa lalu,syarikat itu menegaskan mereka tidak bertanggungjawab dan menjalankan siasatan yang membawa kepada pemecatan pekerja berkenaan.- Agensi