[ Hot ] Isu di tuduh " Gay " Iqram Dinzly mahu berhenti berlakon ?


BIARPUN pelakon Iqram Dinzly sudah menjelaskan bahawa isu mesej ‘Whatsapp’ berbaur hubungan songsang antara dia dan seorang teman hanyalah gurauan, ia masih belum mampu menutup mulut orang ramai daripada terus berkata-kata.
Gurauan itu juga merupakan cabaran daripada penyanyi dan model, Soo Wincci.
Dek kerana itu, Iqram menerusi Murai berkata, dia pernah terfikir untuk berhenti berlakon kerana tertekan dengan kontroversi seperti itu.
Bagaimanapun, selepas mempertimbangkannya, dia berasa adalah tidak wajar untuk dirinya berbuat demikian dan akan terus berlakon selagi ada sokongan daripada peminat.
“Bagi saya lantaklah apa orang nak cakap, lama-lama isu ini akan senyap juga dan apa yang saya boleh katakan saya masih lelaki yang sejati,” ujarnya.
Tak apalah Iqram. Nanti bila sudah penat, tahulah mereka berhenti mengata.
Semoga apa yang berlaku ini dijadikan pengajaran oleh golongan selebriti agar tidak melakukan gurauan yang boleh mengundang masalah di kemudian hari. Credit Mynewshub