[ Hot Global ] Gadis sapu Air M**i ke mukanya disangka krim pelembab !

Gadis sapu Air Mani  ke mukanya disangka krim pelembab -Seorang gadis di China membuat laporan polis selepas mendakwa lelaki yang meminatinya menghadiahkan sebotol air mani kepadanya.
Zeng Lin, 19, pada awalnya menyapukan cecair itu ke wajahnya kerana menyangka ia adalah krim pelembab.
Bagaimanapun, dia mula mengesyaki sesuatu yang pelik apabila menghidunya sebelum rakannya mengesahkan ia adalah air mani.
Sementara itu, Gou Wen, 22, yang menghadiahkan air maninya kepada Zeng berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana mahu menunjukkan rasa cintanya pada gadis itu.
“Saya cintakannya dan dia tidak mengetahuinya. Jadi saya rasa, itu adalah cara yang unik untuk meluahkan perasaan saya,” ujarnya, memetik IBTimes.
Akibat tindakan itu, Gou terpaksa memohon maaf dan membayar denda sebanyak RM1,081.75 kepada Zeng.
“Saya tahu saya bersalah, tetapi saya akan cari cara lain untuk membuktikannya,” katanya. Credit Mynewshub