[ Hot ] Cemburu : Maafkanlah dia - Farid Kamil !

Farid Kamil mengulas mengenai isu isterinya Diana Danielle yang dikatakan tidak berpuas hati ekoran satu tindakan Nora memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.

Menerusi nota dalam Instagram miliknya, Diana mempersoalkan kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial.

Tindakan Diana itu mendapat reaksi peminat. Ada yang melabelkan Diana sebagai cemburu buta kerana dia juga merupakan seorang pelakon, dan sudah tentu memahami keadaan tersebut, dalam pada itu Farid mengakui terkejut sebaik mengetahui tindakan Diana namun dia telah memaafkan isterinya itu.
Saya maafkan dia. Saya rasa setiap wanita perlu ada sikit rasa cemburu tapi hal ini tidak pernah menjadi masalah besar. Selama 11 tahun saya dalam industri dan itu sebahagian daripada tugasan saya sebagai pelakon. Isu ini tidak menjejaskan nama baik saya sebagai pelakon pada masa akan datang, tambah Farid Kamil lagi.
Farid Kamil turut berkata yang dia ada berbincang dengan Diana berkenaan hal itu. Malah kata Farid pihak pengurusannya juga telah dapat menangani isu itu dengan baik.
“Kami boleh dikatakan masih baru dalam alam perkahwinan. Jadi hal sebegini merupakan satu lagi perkara baru dalam hidup kami. Pihak pengurusan saya telah menguruskan isu ini dengan baik,” ujarnya yang turut mengesahkan hubungan Nora dan isterinya memang tidak mempunyai apa-apa masalah. Baguslah begitu, bergaduh bukan boleh bawa ke mana mana. RTKY