[ Hot ] Bukan kehendak hidup menjanda - Izreen Azminda !

Bukan kehendak hidup menjandaKESEDIHAN yang melanda pelakon Izreen Azminda saat rumah tangganya dilanda badai tidak sesekali membuatkan pelakon berusia 29 tahun itu lemah.
Itu jelas terlihat daripada raut wajah yang dipamerkan dan juga kata-kata yang disusun pelakon langsing itu saat bertemu dengannya di lokasi penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di Kota Damansara, Selangor.
Sungguhpun rumah tangga yang dibentuk dengan lelaki pilihan Muhamad Riza Baharuddin, 31, bakal menemui titik penamat sejak mereka memfailkan perceraian pada 14 Mei lalu, namun, Izreen tidak mahu kesedihan yang merenggut jiwanya saat ini terbawa-bawa dalam langkahnya untuk meneruskan kehidupan.
Saat ini pelakon itu masih menunggu tarikh perbicaraan perceraiannya yang dijangka pada bulan ini.
Enggan mengulas lanjut mengenai apa yang terjadi kerana perkara itu sudah menjadi kes mahkamah, ibu kepada anak lelaki, Adrian Umar, 11 bulan, berkata, dia perlu kuat untuk meneruskan hidupnya.
Membuang jauh perasaan sedih dan kecewa, Izreen mengakui tidak mahu melayan perasaannya. Dia kini memberi fokus dengan meneruskan baki penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang bakal tamat pada 16 Jun ini. Credit Kosmo!