[ Hebat ] Filem Abang Long Fadil kutip RM 2.1 Juta untuk 4 hari tayangan !

Filem Abang Long Fadil kutip RM 2.1  untuk 4 hari tayangan-Di kala kesuraman kutipan filem tempatan, filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof berjaya membuktikan kehebatannya dengan mengutip RM2.1 juta dalam tempoh 4 hari. 

Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan harus dipuji, untuk makluman filem yang dibintangi Zizan Razak ini diberi klasifikasi 18PL oleh LPF yang sedikit sebanyak pastinya memberikan kesan kepada jumlah kutipan.

Turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, filem Abang Long Fadil ditayangkan di negara tersebut tanpa sebarang potongan babak. Untuk tayangan Malaysia, filem ini dipotong sebanyak 6 babak. Kata Datuk Yusof Haslam.

Filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Sofi Jikan dan Syamsul Yusof, filem Abang Long Fadil masih lagi ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita beramai-ramai menonton filem ini yang khabarnya membawa pembaharuan dari segi CGI. 

Sama-samalah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti, apa-apa pun, tahniah buat Syafiq Yusof atas kejayaan ini.  



2 ulasan

lakonan mantap pelakon best memang mudahlah rezeki filem dapat kutipan tinggikan

Reply

lakonan mantap pelakon best memang mudahlah rezeki filem dapat kutipan tinggikan

Reply