[ Hebat ] Fareeda Global cipta fenomena iklan tudung di Pesawat Firefly !

Bukan rahsia lagi, tudung Fareeda berjaya mencipta satu fenomena dalam kalangan wanita bertudung di Malaysia.
Kejayaan produk milik syarikat Fareeda Global Resources ini terserlah dengan kesanggupan orang ramai beratur setiap kali koleksi baharu dikeluarkan.
Kini, Fareeda melebarkan lagi sayap jenamanya ke peringkat Asia Tenggara apabila memilih untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan Firefly bagi mengiklankan tudung mereka di badan kapal terbang.
Bagi mereka yang memilih syarikat penerbangan ini, anda boleh melihat tudung Fareeda menghiasi pesawat ATR 72-600 Firefly.


Ini adalah satu strategi bijak memandangkan Firefly dijangka akan membuka lebih banyak cawangan tahun ini termasuk di Brunei.
Secara tak langsung ini menjadi satu lagi bukti kejayaan luar biasa yang telah ditempa syarikat bumiputra ini.
Tahniah kami ucapkan kepada pemilik jenama tudung ini iaitu Pengasas Fareeda, Faridah Zakaria dan anak perempuan serta menantunya yang juga orang kuat Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dan pelakon, Fizo Omar. MNH