[ Global ] Wanita maut di belasah kerana no telefon !

Shanghai : Terlalu kejam – itulah yang dilakukan lima lelaki terhadap seorang gadis di dalam restoran makanan segera McDonald’s yang terletak di seberang sebuah balai polis di Shandong, bandar Zhaoyuan, China.
Kejadian pada 9 malam 28 Mei itu menyaksikan lima lelaki yang datang menaiki Porshe Cayenne, memasuki restoran lalu terlihat mangsa.
Mereka kemudiannya meminta nombor telefon namun mangsa enggan memberinya.
Disebabkan sakit hati, kelima-lima lelaki tersebut bertindak membelasah si gadis sampai mati termasuk menendangnya di kepala dan menghentak kepalanya hingga tiang besi patah.
Video kejadian ini menjadi viral dengan rata-rata mempertikaikan mengapa tidak ada seorang pun yang tampil membantu ketika mangsa meminta tolong.
Bagaimanapun saksi mendakwa, mereka terlalu takut untuk membantu kerana jumlah penyerang yang ramai dan mereka awal-awal lagi sudah memberi amaran supaya jangan masuk campur.
Melihat pada keberanian para penyerang membunuh di khalayak ramai, ramai menyatakan mereka dipercayai datang daripada keluarga yang berpengaruh dan tidak mustahil jika terlepas daripada hukuman.
Jika benar, adalah amat menyedihkan jika kematian gadis tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Polis China menahan enam suspek, Sumber berkata, enam individu itu dipercayai anggota sebuah kultus dikenali sebagai Quannengshen (Gereja Tuhan Maha Kuasa) dan dalam misi mencari ahli baru. Credit Mynewshub, HM 



1 ulasan:

Gereja Tuhan Maha Kuasa?? Biar betik. Kalau betul skalipun, this is definitely not a real church. Like seriously, any religions disallowed this kind of thing, except yg sesat. Wow. Kesiannya. Who would expect to die in that kind of way?? :( Kalau terlepas hukuman di dunia, hukuman akhirat lagi dahsyat kot. Sabar je lah.. Moga keluarga gadis itu tabah. Huhu..

Reply