[ Global ] Suami isteri pontianak !

Suami isteri pontianak - mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain.
Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing.
Pyretta Blaze dan Andy Filth dari Wales Selatan yang muncul dalam rancangan sembang televisyen This Morning untuk menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka adalah sebahagian daripada 15,000 komuniti pontianak di United Kingdom.
Filth yang mengaku sendiri dia pontianak menyamakan perbuatan minum darah dengan seks,apabila kamu meminum darah masing-masing, kamu menjadi sebahagian daripada mereka, kata Filth.
Menurutnya, rasa darah itu tidak menyebabkan dia sakit tetapi rasanya bukan seperti strawberi, Ia mempunyai rasa metalik, katanya.

Pasangan itu memenuhi keinginan mereka terhadap darah di bilik tidur saja, tetapi pada hari lain, mereka akan merayau seperti anak muda lain.
Saya biasa menyertai perhimpunan bertukar-tukar darah, kata Pyretta, Dia cuba meyakinkan bahawa perbuatan itu semalam dan tiada apa yang perlu dirisaukan masyarakat.
Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa.
Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,menurutnya, setiap anggota kumpulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan mempunyai rekod darah yang sihat.
Semua orang sudah menjalani pemeriksaan penuh secara mental mahupun fizikal,kamu pilih seorang pasangan yang kamu suka dan ia pasti selamat dan bersih, katanya.
Dia juga mengaku menganggap kegiatan itu satu bentuk seks, Kami amat mementingkan kesihatan sama seperti yang kamu lakukan ketika seks, kami amat bertanggungjawab. Credit HM