[ Global ] Kanak-kanak jalanan di jadikan hamba nafsu di Brazil !

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.
Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu. 
Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks. 

Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul. 

Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali.

Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks. 

Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima. 

Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks. 

Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan.

Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik. 
Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak. 

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. Credit HM