[ Gempar ] Peminat ajak Nabila Huda tukar agama ?

Seorang peminat kepada pelakon terkenal, Nabila Huda telah memberi komen yang dianggap amat berani dan tidak masuk dek akal yang waras.
Katak Comel tidak salahkan si pengomen tetapi mungkin gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nabila Huda yang membuatkan lelaki itu berprasangka buruk terhadap agama Islam.
Pengguna instagram yang menggunakan ID Instagram, @darianchrist itu dengan selambanya mengajak Nabila keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.
Mungkin niat sebenar komen ini adalah untuk memberi sindiran ‘sinis’ buat Nabila Huda tentang gaya hidup dan pilihan yang beliau buat selama ini. 
Bagi kami, agama sesiapapun sebenarnya satu soal peribadi yang bukan ditentukan oleh orang lain. Credit Rtky