[ Gempar ] Lelaki ceroboh asrama kolej wanita kini diburu !

Chukai: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menceroboh asrama wanita sebuah kolej di sini dan mencabul seorang pelajar berusia lingkungan 19 tahun, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang tidur terkejut apabila mendapati seorang lelaki berada di dalam bilik tidurnya. 
Difahamkan, lelaki itu cuba menarik seluar tidur mangsa menyebabkan pelajar itu menjerit meminta tolong. 

Mangsa sempat menendang suspek menyebabkan lelaki itu melarikan diri, Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai, katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut. Gambar Hiasan Credit HM