[ Gambar ] Nabila dedah kekasih baru nya Bert, pemilik Restoren Popular di TTDI !

 

Nabila dedah kekasih baru nya Bert pemilik Restoren Popular di TTDI - Kali ini menerusi portal Astrogempak, sekeping gambar mesra telah dimuat naik oleh Nabila bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Bert.

Beliau merupakan seorang jejaka tampan yang juga pemilik restoran terkenal iaitu Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail [TTDI] Damansara.

Umum mengetahui tentang hubungan keluarga Nabila Huda dan Amy Search yang agak kurang baik pada masa ini.

Ini kerana selepas ditegur bapanya di laman sosial Instagram, keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula mengeluarkan komen di laman sosial Twitter miliknya.
Nabila meminta semua respect apa yang di buat 

Menerusi komen tersebut, Nabila telah meminta penjelasan daripada bapanya secara terbuka dan dengan beraninya mendakwa Amy telah merosakkan hidupnya lagi.

Tidak lama selepas itu Nabila memuat naik dua status yang memohon dirinya diberi ruang ‘bernafas’ kerana sedang bercuti setelah penat berlakon.

Diharap hubungan Abil dan papanya Amy dapat kembali jernih semula setelah beberapa kontoversi yang timbul.