[ Fesyen ] C-string ganti Pakaian Dalam tutup alat sulit !

KINI tiada lagi G-string, fesyen terkini pakaian dalam wanita menampilkan C-string dengan rekaan yang 'teramat' ringkas.

Malah, jika diamati ia umpama cekak rambut untuk menutup bahagian sulit wanita di depan sahaja dan bagi pereka fesyen ia menyelesaikan masalah garisan seluar dalam yang kelihatan apabila mengenakan pakaian.

C-String ganti G-String 

Ia mendapat sambutan hangat di kalangan kaum lelaki yang membelinya untuk isteri dan teman wanita.

Bagaimanapun, di kalangan wanita pula ada yang kurang berpuas hati dengan fesyen terkini ini kerana ia dikatakan tidak selesa dipakai terutama kerana fabrik yang dianggap pelik.

Ia tak kekal di tempat yang sepatutnya, susah untuk memakainya walaupun untuk tempoh dua minit. Jadi jangan buang wang anda membelinya kerana produk ini tidak berbaloi, kata seorang wanita dalam forum berkaitan produk itu.

Kendall Jenner memakai C-string 
Pandangannya mendapat perhatian ramai termasuk kolumnis di seluruh dunia yang turut menilai fesyen terkini pakaian dalam wanita itu.

Malah, ada yang setuju dan melabelnya sebagai 'pakaian dalam wanita terburuk pernah dihasilkan.

Berbeza sekali dengan kaum lelaki apabila mereka tidak melihat sesuatu yang buruk mengenai C-string dan sentiasa memberi komen positif terhadap produk yang dianggap seksi ini.Credit Mstar