[ 6 Gambar ] Pokok Kurma di Bandar Kota Bharu jadi tumpuan !

Ramadhan hampir tiba namun apa yang menjadi tumpuan di bulan Ramdhan adalah buah kurma yang akan di jadi kan juadah berbuka puasa yang utama setiap kali Ramadhan.

Penyebaran gambar pokok kurma yang lebat berbuah di bandar Kota Bharu menyebabkan sekitar Bandar tersebut menjadi tumpuan.




Sedikit fakta mengenai pokok kurma di Bandar Kota Bharu - Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.
Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam.
Satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.
Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini. Oleh BrotherSam