[ 3 Gambar ] Huntley, mayat tanpa dokumen ditemui mungkinkah Huntley ?

PULAU TIOMAN : Pasukan mencari dan menyelamat warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang sejak seminggu lalu, menemui mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di belakang Chalet Lagoon, Kampung Juara, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.

Mayat lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan hanya berseluar pendek tanpa baju kira-kira 50 kilometer dari pantai.


Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata, idenditi mayat tersebut sukar dikenal pasti kerana selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebahagian muka mangsa juga sudah dalam keadaan reput.

Setakat ini kita belum dapat pastikan sama ada mayat yang ditemui itu adalah warga Britain yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Kita masih menunggu unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang yang dijangka tiba pukul 4 petang ini untuk membuat siasatan lanjut,'' katanya di sini hari ini. - BERNAMA