[ 3 Gambar ] Badang Malaysia " Angkat Motosikal " hanya di Kapit !

Badang Malaysia " Angkat Motosikal " hanya di Kapit SarawakPemandangan biasa di Jeti di sungai di Kapit Sarawak.

Anda mungkin terkejut tengok orang  mengangkat motosikal dari bot di jeti dengan memikul motosikal tersebut, hebat mereka ni beruratkan dawai, bertulangkan besi untuk mencari sesuap nasi menyara kehidupan diri dan keluarga.

Kapit terletak di bahagian Pedalaman Sarawak,untuk sampai kesini anda haruslah menaiki jalan air menggunakan bot ekpess yang mengambil masa 3 jam perjalanan sehingga 4 jam daripada jeti di Bandar Sibu.


Kebiasaannya bot ekpress mampu membawa penumpang sehingga 100 orang, anda akan dapat melihat pemandangan yang indah melalui sungai Rajang. 

Kalau mengikut ukuran kilometer daripada Bandar Sibu ke Kapit lebih kurang 250 km. Anda akan melihat rumah panjang sepanjang menyusuri sungai Rajang, anda akan melalui pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan. Oleh BrotherSam