[ Video ] Perkosa beramai-ramai : 10 individu ditahan 2 di reman seminggu !

NAK LIHAT VIDEO KLIK SINI

KOTA BHARU : Sebanyak 10 individu termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu.

Dua dari 38 lelaki yang disyaki terbabit dengan kes merogol dua remaja perempuan secara bergilir-gilir di Ketereh, Kelantan, kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan.

Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, empat suspek ditahan semalam sebelum enam lelaki ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.

Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan katanya. Credit UO



1 ulasan:

salam. ish ish ishh..teruknya

Reply