[ Video ] Kucing " HERO " selamatkan kanak-kanak di serang anjing jiran nya !

Satu video yang amat menakjubkan yang mana seekor kucing  bertindak berani menyelamat kan tuannya seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari di serang berterusan oleh anjing milik jirannya.

Jeremy Triantafilo sedang duduk di atas basikal di luar rumah keluarganya di Bakersfield, California pada hari selasa lalu apabila anjing tersebut yang tiba-tiba keluar dari pagar rumah jirannya terus menerkam paha nya ketika kanak-kanak itu leka di atas basikal nya.

Cctv di kawasan kediaman tersebut sempat merakam detik bagaimana kucing milik nya bertindak melawan anjing tersebut dari mengigit paha Jeremy berterusan seterusnya kucing terbabit terus mengejar anjing terbabit

Bapa Jeremy dimuat naik rakaman CCTV tersebut ke YouTube bagi menunjukan detik-detik cemas yang dialami oleh anaknya.


Jeremy mengalami luka yang agak parah di bahagian paha nya dan terpaksa menerima beberapa jahitan akibat dari gigitan ganas anjing terbabit.

Jeremy sangat-sangat menghargai apa yang kucing kesayangan nya lakukan terhadap nya tidak disebabkan kucing terbabit mungkin jeremy akan mengalami gigitan yang agak serius. Credit Dailymail


1 ulasan:

salam. nasib baik kucing tu jadi penyelamat kalau x..teruk budak tu kena gigit anjing..

Reply