[ Tragis ] Wajah komando maut dalam 'Amuk' komando di Lahad Datu !

Lahad Datu: Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala dua orang awam parah selepas rakan sepasukan mangsa melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 4.45 pagi itu, anggota komando yang maut dikenali sebagai LKpl Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan.
Difahamkan, ketika kejadian dua anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua individu berkenaan.
Bagaimanapun, seorang daripada anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai menggunakan senjata jenis M-16.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital. Credit HM