[ Terkini ] Tahniah : Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan petang tadi !



Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan petang tadi - Pelakon dan pengacara terkenal, Liyana Jasmay selamat bersalin dan melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram kira-kira jam 7.40 malam Isnin di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada Liyana, Datin Habsah Simpon yang dihubungi Utusan malaysia sebentar tadi memberitahu,kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Untuk pengetahuan, Liyana Jasmay dan suaminya, Fathuddin Mazlan berkahwin pada 2 Februari tahun lalu. Credit Plbagaimacam