[ Terkini ] Kes pemain JDT jangan terlalu mudah menghukum !

Sebelum ini hangat isu seorang pemain bolasepak JDT di buang kerana kes mencuri wang berjumlah RM500 melibatkan mangsa rakan sepasukan dari JDT iaitu Asrarudin Putra.

Pemain yang dituduh mencuri itu ialah Muhammad Hadin Azman, pemain kelahiran Kuala Lumpur yang mengikat kontrak dengan Johor Darul Takzim namun telah dipinjamkan kepada Johor Darul Takzim II.

Kejadian berlaku ketika Asrarudin melakukan rutin harian iaitu berlatih di Padang Sri Gelam dan meninggalkan barang berharganya di bilik persalinan.

Hadin yang pernah mewakili Harimau Muda B,di ambil oleh Johor Darul Takzim pada tahun 2012 dan telah beraksi 12 perlawanan bersama JDT.

Tengku Mahkota Johor yang diminta mengulas berkenaan perkara tersebut telah mengesahkannya dan kontrak pemain berusia 19 tahun itu dibatalkan serta merta bermula kelmarin.

Walaupun kontrak telah ditamatkan ,Hadin masih berada dalam tahanan reman kerana Asra telah melakukan report polis pada hari kejadian dan polis masih menyiasat perkara ini.

Jika didapati bersalah,Hadin mungkin akan dipenjara beberapa hari atau bulan.

Jadi jangan lah mudah kita menjatuh hukum pada Hadin kerana beliau belum terbuktikan lagi bersalah kes masih dalam siasatan pihak berwajid.


1 ulasan:

kater gaji menimbun .. takkan tak cukup duit kot ??

‘Perfect Men’ - This is What Women Really Like !!
Kenikmatannya Terasa Hingga ke Subuh !! >>> CLICK HERE !!

Reply