[ Terkini ] Kelahiran Anak Pramugara MH370 dapat liputan seluruh DUNIA !

Kelahiran Muhammad Bin Hazrin anak kepada Hazrin Hassan  salah seorang krew MH370 yang hilang 8 march lalu dan Intan Maizura Othaman semalam mendapat liputan seluruh Dunia.

Akhbar Online Daily Mail  yang berpusat di United Kingdom turut tidak melepaskan peluang untuk menulis mengenai kelahiran Muhammad dan mengucapkan Tahniah kepada Intan atas kelahiran cahayamata kedua walaupun tanpa suami tercinta di sisi

Intan Maizura 34, selamat melahirkan Muhammad Bin Mohd Hazrin kira-kira pukul 4 petang isnin lalu di Hospital Putrajaya, sama-sama kita doakan moga Intan dan Muhammad sihat dan di permudahkan segala nya dalam kehidupan.