[ Terkini ] Jepun ke Final Piala Thomas belasah China 3 - 0 !

Juara bertahan Piala Thomas China telah dimalukan jepun selepas tewas 3-0, kekalahan mengejutkan kepada Jepun pada separuh akhir  yang berlangsung sebentar tadi.

Seluruh Sri Fort Stadium Sri Fort menyokong pasukan Jepun dengan menyanyikan lagu tanda sokongan kepada pasukan dari negeri matahari terbit itu.

China tidak pernah mengalami apa-apa kekalahan memalukan, rekod pertemuan mereka sebelum ini paling teruk adalah kekalahan 3-1 kepada Malaysia pada tahun 2002 Sebaliknya, Jepun tidak pernah sampai ke peringkat akhir sehingga sekarang.

Persembahan cermelang Pasukan jepun  dari Kenichi Tago, Hiroyuki Endo dan Kenichi Hayakawa serta Kento,Kenichi menewaskan Chen Long 21-13, 21-11 dengan street set bagi memberi mata pertama Jepun.

Manakala bergu pertama Jepun Hiroyuki - Kenichi berjaya menewaskan bergu China Chai Biao- Hong Wei dengan 22-20 21-19 meletakkan Jepun 2-0 .

Pemain perseorangan ke dua Jepun Kento berjaya menewaskan perseorangan ke dua China  Du Pengyu dengan 23-25 ​​, 21-18 , 21-14 mereka bermain dalam 3 game.

Bagi pemain utama China Lin Dan yang bersedia untuk diturunkan sebagai perseorangan ke 3 tidak dapat beraksi akibat kekalahan yang memalukan itu. Tahniah Jepun , Malaysia atau Indonesia akan jadi lawan mereka di Final nanti.