[ Terkini ] Intan Maizura Othman isteri Pramugara MH370 selamat bersalin !

Allahamdulilah Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya  di Hospital Putrajaya semalam.
Intan Maizura, 34, melahirkan Muhammad Mohd Hazrin kira-kira 4 petang tadi. Suaminya Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.
Muhammad Bin Mohd Hazrin comel sangat 

Muhammad Bin Mohd Hazrin
Terdahulu, Intan Maizura memuat naik gambar tangannya yang memakai tag hospital dalam Instagram ketika menunggu untuk melahirkan anak keduanya itu. 
Sehingga kini usaha mengesan pesawat itu di perairan barat Australia di selatan Lautan Hindi masih belum membuahkan sebarang hasil positif. Credit Bernama