[ Terkini ] Felda ke Final Piala FA akan menentang Pahang 7 june ini !

Shah Alam  :  Felda United layak ke final piala Fa dengan kelebihan gol di tempat lawan setelah mereka berjaya mengikat Kelantan dengan Agg 5-5.

Pada perlawanan malam ini di Shah Alam Felda berjaya seri dengan Kelatan 2-2 mana kala untuk pusiangan pertama di Kota Bharu mereka seri t3-3 dengan Kelantan.

Gol pertama felda hadir pada minit ke 20 hasil tandukan cantik bekas pemain Kelantan Indra Putra Mahyuddin, Kelantan menyamakan kedudukan pada minit ke 28 oleh Khairul Izuan.

Kelantan terus memburu gol akhir nya gol kedua Kelantan terhasil melalui Fokey Doe pada minit ke 35 untuk Kelantan mendahului Felda dengan 2-1 dan Agg 5 - 4.

Namun di minit akhir separuh masa pertama pemain import Felda Edward Wilson berjaya memberi gol yang di nantikan oleh Felda yang mana Agg terikat 5-5 seingga tamat perlawanan dan Felda ke Final dengan kelebihan gol di tempat lawan. 

Felda akan bertemu Juara Piala Malaysia 2013 Pahang di Final setelah mereka menundukan JDT dengan Agg 2-1 malam tadi di Stadium Darul Makmur. Oleh BrotherSam